![]() |
| Beberapa rakaman video tindakan anggota penguatkuasa MPT merobohkan lebih enam premis tepi jalan di kawasan Laman Changkat Jering, Bukit Gantang semalam menjadi tular dalam laman sosial setempat. |
BUKIT GANTANG - Tindakan enam peniaga di tepi jalan di Laman Changkat Jering di sini yang masih berdegil walaupun sudah tiga kali diberi notis akhirnya dikenakan tindakan apabila Majlis Perbandaran Taiping (MPT) merobohkan premis mereka, semalam.
Yang Dipertuanya, Borhan Abdul Halim berkata, tindakan penguat kuasa dilakukan ke atas peniaga di kawasan berkenaan susulan menerima aduan berterusan orang awam.
Menurutnya, banyak pihak mengadu mengenai masalah tahap kebersihan segelintir peniaga tepi jalan berkenaan dan gangguan lalu lintas yang terpaksa dihadapi pengguna jalan raya kawasan itu.
"Beberapa kes kemalangan kerap berlaku di sekitar lokasi berkenaan kerana tindakan pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan untuk membeli.
"Tindakan penguatkuasaan dibuat adalah mengambil kira kepentingan keseluruhan penduduk itu," katanya.
Beliau berkata, MPT juga sudah mengemukakan notis mengubah halangan kepada enam hingga sepuluh premis terlibat sebanyak tiga kali pada penghujung tahun 2018, 24 Jun dan 4 Julai tahun ini.
Bagaimanapun, katanya kesemua peniaga terbabit masih berdegil untuk mengubah halangan sehingga semalam.
Kelmarin, beberapa rakaman video mengenai tindakan anggota penguatkuasa MPT merobohkan beberapa premis peniaga tepi jalan di sekitar kawasan Laman Changkat Jering, di sini tular dalam laman media sosial.
Rata-rata warganet memberi maklum balas positif dan menyokong tindakan PBT itu melakukan tindakan penguatkuasaan sedemikian bagi mengelakkan kawasan itu menjadi ancaman kemalangan jalan raya pada masa hadapan.
KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah mengarahkan pegawainya ke sebuah kampung di Ulu Tembeling, Jerantut dekat sini, bagi menyiasat dakwaan kejadian ritual 'zikir berdiri' yang tular di laman sosial.
Timbalan Pengarahnya Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz berkata pihaknya akan bersemuka dengan imam dan makmum surau kampung itu untuk mendapatkan penjelasan aktiviti yang dikatakan berlaku pada 11 Julai lalu.
"Kami perlu melakukan siasatan terperinci sebelum mengambil tindakan seterusnya kerana masih terlalu awal untuk mengaitkan perbuatan itu dengan ajaran sesat.
![]() |
| Mohd Ghazali juga mengesahkan pihak JAIP tidak menerima laporan berhubung kegiatan itu, namun siasatan akan tetap dilakukan. - Gambar fail |
Mohd Ghazali juga mengesahkan pihak JAIP tidak menerima laporan berhubung kegiatan itu, namun siasatan akan tetap dilakukan.
Katanya, daripada maklumat awal difahamkan lelaki dikenali sebagai Tok Ki@ Tok Ayah yang mengetuai 'zikir berdiri' itu terlibat dalam rawatan Islam dan apa yang berlaku adalah sebahagian daripada proses perubatan.
Pada Sabtu lepas, tiga rakaman video berdurasi antara 15 saat dan seminit 12 saat tular di laman sosial menunjukkan sekumpulan jemaah lelaki dan wanita melakukan beberapa pergerakan badan sambil mengalunkan bacaan yang tidak jelas sebutannya.
-- BERNAMA










