• This is default featured slide 1 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

  • This is default featured slide 2 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

  • This is default featured slide 3 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

  • This is default featured slide 4 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

  • This is default featured slide 5 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

Korban 22 lembu, 230 petugas, 1,544 penerima

EZ  13 AUGUST 2019

BUKIT GANTANG: Seramai 1,554 asnaf miskin di sekitar Parlimen ini menerima sumbangan daging korban dalam program Ibadah Korban Perdana anjuran PAS Kawasan Bukit Gantang yang telah diadakan di Sungai Petai, di sini semalam.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, selain melaksanakan tuntutan ibadah dan meraikan golongan kurang berkemampuan, program itu juga bertujuan mengeratkan hubungan bersama para asnaf.

“Pada acara ini, kita agihkan daging qurban kepada setiap penerima yang merupakan orang susah, fakir miskin dari 68 kampung yang tidak melaksanakan korban.

"Program ibadah korban yang dijalankan setiap tahun ini turut menggambarkan semangat perpaduan dan kerjasama erat di kalangan masyarakat yang masih utuh yang mana kita harapkan ianya terus kekal dan memupuk keharmonian di sini,” ujar beliau.

Hampir 230 petugas telah terlibat membantu dan menjayakan kerja-kerja penyembelihan, melapah sehingga kepada proses pengagihan daging korban selesai dilakukan.

Dalam program ini, sebanyak 22 ekor lembu telah dikorbankan di mana majlis telah diakhiri dengan jamuan makan tengahari bagi semua anggota dan petugas yang terlibat. - HARAKAHDAILY 13/8/2019

Share:
      Sungai petai, 12 ogos 2019 hari ini bekas ahli parlimen Bukit Gantang bersama Penduduk seluruh cawangan di parlimen Bukit Gantang dapat menyaksikan sebanyak 21 ekor lembu telah berjaya dikorbankan.

Ini sekaligus telah menjadikan jumlah lembu korban terbanyak pada tahun ini di kawasan seluruh taiping.

Tahniah diucapkan kepada seluruh yang terlibat bagi menjayakan gotong royong ini..

#demiislam
#islammemimpinperpaduan
Share:
BUKIT GANTANG - Tindakan enam peniaga di tepi jalan di Laman Changkat Jering di sini yang masih berdegil walaupun sudah tiga kali diberi notis akhirnya dikenakan tindakan apabila Majlis Perbandaran Taiping (MPT) merobohkan premis mereka, semalam.
Beberapa rakaman video tindakan anggota penguatkuasa MPT merobohkan lebih enam premis tepi jalan di kawasan Laman Changkat Jering, Bukit Gantang semalam menjadi tular dalam laman sosial setempat.
Yang Dipertuanya, Borhan Abdul Halim berkata, tindakan penguat kuasa dilakukan ke atas peniaga di kawasan berkenaan susulan menerima aduan berterusan orang awam.
Menurutnya, banyak pihak mengadu mengenai masalah tahap kebersihan segelintir peniaga tepi jalan berkenaan dan gangguan lalu lintas yang terpaksa dihadapi pengguna jalan raya kawasan itu.
"Beberapa kes kemalangan kerap berlaku di sekitar lokasi berkenaan kerana tindakan pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan untuk membeli.
"Tindakan penguatkuasaan dibuat adalah mengambil kira kepentingan keseluruhan penduduk itu," katanya.
Beliau berkata, MPT juga sudah mengemukakan notis mengubah halangan kepada enam hingga sepuluh premis terlibat sebanyak tiga kali pada penghujung tahun 2018, 24 Jun dan 4 Julai tahun ini.
Bagaimanapun, katanya kesemua peniaga terbabit masih berdegil untuk mengubah halangan sehingga semalam.
Kelmarin, beberapa rakaman video mengenai tindakan anggota penguatkuasa MPT merobohkan beberapa premis peniaga tepi jalan di sekitar kawasan Laman Changkat Jering, di sini tular dalam laman media sosial.
Rata-rata warganet memberi maklum balas positif dan menyokong tindakan PBT itu melakukan tindakan penguatkuasaan sedemikian bagi mengelakkan kawasan itu menjadi ancaman kemalangan jalan raya pada masa hadapan.
Share:
KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah mengarahkan pegawainya ke sebuah kampung di Ulu Tembeling, Jerantut dekat sini, bagi menyiasat dakwaan kejadian ritual 'zikir berdiri' yang tular di laman sosial.

Timbalan Pengarahnya Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz berkata pihaknya akan bersemuka dengan imam dan makmum surau kampung itu untuk mendapatkan penjelasan aktiviti yang dikatakan berlaku pada 11 Julai lalu.

"Kami perlu melakukan siasatan terperinci sebelum mengambil tindakan seterusnya kerana masih terlalu awal untuk mengaitkan perbuatan itu dengan ajaran sesat.
Mohd Ghazali juga mengesahkan pihak JAIP tidak menerima laporan berhubung kegiatan itu, namun siasatan akan tetap dilakukan. - Gambar fail
"Video yang tular di laman sosial juga terlalu pendek untuk kita terus membuat penilaian dengan hanya melihat daripada rakaman itu semata-mata," katanya semasa dihubungi di sini, pada Isnin.

Mohd Ghazali juga mengesahkan pihak JAIP tidak menerima laporan berhubung kegiatan itu, namun siasatan akan tetap dilakukan.

Katanya, daripada maklumat awal difahamkan lelaki dikenali sebagai Tok Ki@ Tok Ayah yang mengetuai 'zikir berdiri' itu terlibat dalam rawatan Islam dan apa yang berlaku adalah sebahagian daripada proses perubatan.

Pada Sabtu lepas, tiga rakaman video berdurasi antara 15 saat dan seminit 12 saat tular di laman sosial menunjukkan sekumpulan jemaah lelaki dan wanita melakukan beberapa pergerakan badan sambil mengalunkan bacaan yang tidak jelas sebutannya.

-- BERNAMA

Share:

Borang Program Pemuda PAS Bukit Gantang

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

  • Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit.
  • Aliquam tincidunt mauris eu risus.
  • Vestibulum auctor dapibus neque.

Pages

Theme Support

Need our help to upload or customize this blogger template? Contact me with details about the theme customization you need.